Jumaat, 27 Julai 2012

Segitiga Bermuda(Bermuda Triangle) Menurut Islam


Segitiga bermuda yang juga sering disebut sebagai segitiga syaitan yang terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang berbentuk garis segitiga antara wilayah2 teritori britan raya iaitu titik di sebelah utara, Puerto Rico Teritorial Amerika Syarikat iaitu titik di sebelah selatan dan Miami negara bahagian Florida Amerika Syarikat sbg titik disebelah barat.
Pasti pernah dgr kan peristiwa2 aneh di sana yang sering terjadi kapal2 hilang baik di laut mahupun udara secara misteri.Ada yang mengatakan segitiga bermuda itu adalah pangkalan makhluk asing dan UFO.Ada yg mengatakan itu adalah pusat magnet bumi.Ada juga yang mengatakan itu adalah pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menarik apapun yg melintasinya.Lalu apa pendapat islam tentang segitiga bermuda?
Ada hadith yg diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari yang sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya beralih sehingga sebahagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat yang teduh, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan bermuda???
Alasannya kerana bermuda terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara Bahagian Utara Benua Amerika dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadith ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda.Perkara2 aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.
Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahawa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.
Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan penghujung Dunia. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaikh Imam M. M berkata bahawa penyelamat Akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan memakai jubah suci berwarna biru.
Lalu apa penyebab hilangnya kapal2 ditempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tidak melarang mendekati pusat kawasan itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan itu(segitiga bermuda).Kerana sesungguhnya barang siapa yg berjaya sampai kekawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam itu sesungguhnya.
Banyak orang2 zaman dahulu yang telah mencuba untuk kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan daripada mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah memasuk ke kawasan itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabus putih yang tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk didatangi. PS:Allahu’alam… Semua kembali kepada Maha pencipta Alam iaitu Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT lah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya segitiga bermuda itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Fitraz SDN. BHD. | Bloggerized by Azriel - Facebook | Blog Amir