Walaupun album kedua Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai – Terukir Di Bintang – baru sahaja dilancarkan, tiket showcase berharga RM60 untuk album ini di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut 7 Januari ini telah habis dijual hanya melalui akaun Facebook. Wah, hebat nya Yuna ni. Album kedua Yuna ini mempunyai 5 lagu melayu dan 3 lagu Inggeris yang telah direkodnya di Amerika Syarikat (US) iaitu Coffee, Someone Out Of Town dan Fears And Frustration.
Album ini memang ada kelainan dari album pertamanya. Kali ini muzik yang ditampilkan agak santai dan lebih ceria. Kesemua lagu dicipta oleh Yuna sendiri. Walaupun menurut Yuna dalam album ini tiada lagu hit seperti Penakut, dia amat menyukai lagu ‘Terukir Di Bintang’ kerana mempunyai banyak kenangan manis ketika lagu ini diciptakan. Apabila ditanya lebih lanjut, Yuna enggan mengulasnya. Berahsia pula Yunalis ni.
Untuk pengetahuan peminat Yuna, selain album ini, rakaman album Yuna bersama syarikat rakaman di US pun sudah selesai. Syarikat rakaman indie Fadel Label hanya menunggu untuk melancarkan album yang dibuat khas untuk pasaran Amerika dan Eropah pada Mac ini. Oleh itu, selesai sahaja AJL bulan ini, Yuna akan sibuk dan kembali ke US untuk persiapan terakhir pelancaran album khasnya itu.
Ada sedikit pesanan dari Yuna kepada pengikutnyaHey guys!!! Stand a chance to win my Terukir Di Bintang Showcase TIX & Diandra Arjunaidi Angkasa Showcase TIX. Ade guitar and keyboard to be won too so if nak join just tuning to ERA FM & ERA TV..The contest already started yesterday!! So hurryyyyyyy!!!=)Untuk pengetahuan anda Diandra Arjunai merupakan artis sulung di bawah syarikat pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records.


2:51 PG
AzQush
Posted in: 
0 ulasan:
Catat Ulasan