| Colossus Of Rhodes |
1.Colossus Of Rhodes
Colossus Of Rhodes adalah patung Helius, yang terletak di Pulau Rhodes, Yunani, dibuat oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM. Patung ini dianggap sebagai 7 keajaiban dunia kuno. Sebelum kehancurannya, patung ini berdiri lebih dari 30 meter, Ini menjadikannya sebagai patung tertinggi yang telah terbina dalam dunia kuno. Colossus Of Rhodes memiliki tinggi yang hampir sama dengan Patung Liberty Of State| Babylon Hanging Garden |
.
2.Babylon Hanging Garden(Taman Tergantung Babylon)
Taman Tergantung Babylon adalah salah satu di antara tujuh keajaiban dunia kuno. Taman ini dibangunkan oleh Nebukadnezar II sekitar tahun 600 SM sebagai hadiah untuk isterinya, Amytis. Lokasi taman ini sekarang berada di negara Iraq. | Mausoleum Maussollos |
3.Mausoleum Maussollos
Mausoleum Maussollos atau Mausoleum Halicarnassus, adalah makam yang dibangun antara 353 dan 350 SM di Halicarnassus (Bodrum, kini lebih dikenali sebagai Turki) untuk Mausolus, Raja Empayar Parsi dan isterinya,Artemisia II,dari Caria. Struktur ini direka oleh arkitek Yunani, Satyrus dan Pythius.Mausoleum ini memiliki tinggi sekitar 45 meter. | Mercusuar Iskandariah |
4.Mercusuar Iskandariah(Pharos Alexanderia)
Mercusuar Iskandariah atau Pharos Alexandria (dari bahasa Yunani o Φάρος της Αλεξάνδρειας) adalah sebuah mercusuar yang dibangun pada abad ke-3 SM di Pulau Pharos berdekatan dengan Kota Iskandariah kuno, Mesir Kuno. Ketinggiannya dikatakan melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun.Kini Mercusuar ini telah hancur disebabkan oleh dua gempa bumi yang telah berlaku.
Mercusuar Iskandariah atau Pharos Alexandria (dari bahasa Yunani o Φάρος της Αλεξάνδρειας) adalah sebuah mercusuar yang dibangun pada abad ke-3 SM di Pulau Pharos berdekatan dengan Kota Iskandariah kuno, Mesir Kuno. Ketinggiannya dikatakan melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun.Kini Mercusuar ini telah hancur disebabkan oleh dua gempa bumi yang telah berlaku.
| Piramid Agung Giza |
Piramid Agung Giza adalah piramid tertua dan terbesar daripada tiga piramid yang ada di Nekropolis Giza dan merupakan satu-satunya struktur yang masih menjadi bahagian daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Dipercayai bahawa piramid ini dibina sebagai makam untuk Firaun Dinasti Keempat Mesir, Khufu (Χεωψ, Cheops) dan dibina lebih daripada 20 tahun dan didapati dibina dalam sekitar tahun 2560 SM.Piramid ini juga dikenali sebagai Piramid Khufu.
| Zeus Statue At Olympia |
Patung Zeus di Olympia adalah salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kuno.Patung ini dibuat oleh skulptor terkenal,Phidias (abad ke-5 SM) kira-kira tahun 432 SM di Olympia,Yunani. Patung yang duduk dan memiliki tinggi sekitar 12 meter, mengisi seluruh Kuil Zeus yang dibina sebagai rumah kepada patung ini.Sehingga kini,punca kehancuran patung ini masih menjadi salah satu isu yang masih dipersoalkan.
![]() |
| Kuil Artemis(Artemis Temple) |
7.Kuil Artemis
Kuil Artemis adalah kuil Yunani yang didirikan untuk Artemis, sekitar 550 SM di Efesus dibawah pentadbiran Dinasti Achaemenid dari Empayar Parsi. Kuil ini merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia kuno. Kini, kuil ini telah hancur.
| Sigiriya(Batu Singa) |
Sigiriya adalah benteng dan istana batu kuno yang terletak di daerah Matale,Sri Lanka merupakan laman warisan dunia UNESCO.Sigiriya mungkin telah dihuni ketika zaman prasejarah dan ia juga digunakan sebagai biara sebagai tempat berlindung sekitar abad ke-5 SM.Sigiriya dikelilingi dengan hutan hijau yang tebal.Di bawahnya terdapat tanaman-tanaman dengan sistem air yang rumit dan indah.Ia juga mengandungi rangkaian kompleks dari sistem pengaliran air bawah tanah.Sigiriya juga terkenal dengan lukisan kunonya yang unik.


7:03 PTG
AzQush

Posted in: 
0 ulasan:
Catat Ulasan