Sabtu, 18 Ogos 2012

7 Mitos Sains Yang Tidak Benar

1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%. 

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun. 

3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan - dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya - tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut. 

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana 'sisi tergelap' bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Fakta ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 - 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

10 Adengan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan


1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas…. “Tuan ada baca akhbar semalam?” .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda… Seorang lelaki bekerja di pejabatnya… Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar… Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat… Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang… (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem….

Siapakah Altimet,Rapper Malaysia??


Mungkin ramai yang tidak mengenali Altimet, seorang rapper tempatan, penghibur, penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.

Beliau bukan sahaja telah mendapat beberapa pencalonan dan anugerah, malah Altimet juga telah bersama-sama menulis lagu berjudul “Malaysian Boy” untuk Astro bagi Konsert Suara Kami 2011 dan juga lagu “Selamanya” untuk pasukan bola sepak Negara.

Namun di sebalik kejayaan beliau, apa yang kita tahu mengenai lelaki yang rendah diri ini selain daripada nama sebenar beliau Ahmad bin Abdul Rahman dan tarikh lahir beliau yang jatuh pada 27 November 1978

Sebagai Pengarah Eksekutif baru Kartel Records, apa yang Altimet lakukan untuk terus mengukuhkan syarikat ini? 
Sekarang ini, saya sedang mencari bakat baru untuk mengembangkan lagi label rekod saya. Saya juga sedang mencari bahan baru, dan sudah berada di separuh jalan.

Maksud Altimet kumpulan Hero Malaya? Boleh ceritakan lebih lanjut? 
Ya, itu satu. Apa yang boleh saya katakan adalah semua lagu berunsur nostalgia, seperti tribute saya dalam “P. Ramlee… Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi”. Kemudian ada juga rancangan kemunculan di televisyen. Oh, dan saya juga akan mengalih suara untuk tayangan animasi.

Pernah terdetik di hati untuk berlakon pula?
Tidak. Saya hanya boleh menulis muzik, rap dan jadi pengacara. Saya tak rasa saya boleh berlakon ataupun mengarah filem.

Altimet gemar menonton filem tapi tak suka berlakon? 
Ya, betul. Pada saya untuk menjadi pelakon memerlukan minat dan juga bakat. Saya rasa bakat saya lebih ke arah nyanyian dan mencipta lagu.

Bagaimana Altimet mendapat inspirasi untuk muzik? 
Selalunya ilham dalam membuat sesebuah lagu hadir di sekeliling saya. Persekitaran saya yang membuatkan ilham untuk mencipta lagu hadir, tapi bukan setiap masa , ianya datang mengikut keadaan. Bayangkan jika anda bukan seorang rapper ataupun penghibur, apa yang akan anda lakukan sekarang? Pencuci bangunan mungkin! Saya tidak dapat bayangkan diri sendiri selain dari apa yang saya lakukan sekarang selain jadi pencuci bangunan.

Siapa penyanyi kegemaran Altimet
Susah saya nak jawab. Kalau saya perlu pilih satu, saya pilih Plan B. Beliau adalah seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah filem dari Britain.

Jumaat, 10 Ogos 2012

FLASH Kamera Pengalir Eletrik Yang Baik


Adakah ELEKTRIK boleh mengalir melalui lampu kilat atau flash kamera Digital terus ke badan anda?? Ya, jawapannya adalah 100% betul ..!

Ini adalah kejadian benar berlaku di India. Seorang budak lelaki berusia 19 tahun, yang sedang belajar di tahun 1 kejuruteraan, telah meninggal dunia di Keshvani Hospital, Mumbai. Beliau telah diterima di Hospital sebagai pesakit terbakar. Sebabnya kenapa?

Budak ini telah pergi ke Amravati (tempat yang terletak di Negeri Maharashtra) lawatan sambil belajar, pada hari kepulangan mereka, mereka sedang menunggu di stesen keretapi untuk menangkap gambar di stesen kereta api. Ramai daripada mereka mula mengambil gambar rakan-rakan mereka menggunakan "Telefon Bimbit" atau "Digital Camera". Salah seorang daripada mereka mengadu bahawa, beliau tidak dapat menangkap gambar penuh kumpulan kawan-kawan dalam satu kerangka atau DIGICAM.Budak ini berpindah kepada jarak untuk mendapatkan gambar seluruh kumpulan.

Beliau gagal untuk menyedari bahawa pada sudut atas kepalanya, ada kabel 40,000 volt talian elektrik .Sebaik sahaja dia klik kamera digital? 40.000 arus volt terus mengalir melalui lampu kilat kamera  beliau dan kemudian terus ke kamera, jarinya & seluruh badannya. Semua ini berlaku dalam pecahan saat ataupun amat pantas. Badannya telah separuh dibakar. Setelah itu beliau dibawa ke Keshavani Hospital, Mumbai.

Dalam masa sehari, beliau berada dalam keadaan sedar dan bercakap. Doktor tidak memberi harapan yang banyak kerana terdapat banyak tisu yang kompleks di dalam badannya yang telah rosak akibat terbakar. Beliau telah meninggal dunia kemudian harinya.

Sekarang yang menjadi perkara penting berapa ramai di antara kita yang tidak menyedari mengenai ancaman bahaya dan teknikal yang bakal berlaku dengan gajet-gajet moden hari ini jika kita tidak mematuhi cara yang betul menggunakanya? Walaupun ada yang kita tahu dan sentiasa beringat, tetapi berapa ramai pula daripada kita yang mematuhi?

Oleh kerana itu sebagai menggelarkan diri kita sebagai orang yang berpendidikan dan berpengetahuan? Sila patuhi perkara di bawah ini

* Sila mengelakkan dari menggunakan telefon bimbit di kedai-kedai petrol.


* Sila mengelakkan bercakap menggunakan telefon bimbit semasa memandu.


* Sila elakkan bercakap semula atau bercakap dengan telefon bimbit ketika masa mode mengecas tanpa menananggalkan soket di dinding.


* Sila tidak menyimpan telefon bimbit di atas katil anda ketika mengecas dan tidak diletakkan pada perabot kayu.


* Elakkan daripada menggunakan telefon bimbit / kamera digital berhampiran talian elektrik voltan tinggi seperti di stesen keretapi dan elakkan daripada menggunakannya.

Khamis, 2 Ogos 2012

Online Dimana Sahaja Dengan Celcom First Wifi

Sila jangan terkejut apabila anda terjumpa logo di bawah ini ketika sedang berjalan-berjalan mencari restoran untuk berbuka puasa. Ini bukan dugaan di bulan puasa sebaliknya satu berita baik kepada anda semua.

celcom first wifi

Inilah Celcom First Wifi yang membolehkan anda mengakses Internet di mana-mana sahaja tanpa perlu membawa USB, modem dan lain-lain. Asalkan ada logo di atas dan anda mendaftar untuk Celcom First Wifi, maka anda boleh online bila-bila masa.

celcom first wifi

Apa yang Azriel paling suka dengan Celcom First Wifi ini sebab kebanyakan wifi percuma di luar sana tidak terjamin securitinya. Silap-silap akaun email semua boleh kena hack. Selain daripada keselamatan yang terjamin, coverage Celcom sememangnya luas jadi tak perlu risau kalau nak balik kampung raya nanti.

celcom first wifi

Daftarlah sekarang dengan cara di atas dan nikmati kehebatan Celcom First Wifi yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Tak pernah ada telco lain yang buat konsep sebegini. Azriel respek kepada Celcom yang sentiasa inovatif dan kreatif untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

celcom first wifi

More info lawati www.celcom.com.my/first/wifi

Abby Abadi Memang Bersuara Lantang - Zul Ariffin

zul abby


Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Dan sudah tentu selaku bekas kekasih, Zul Ariffin lebih mengenali sisi sebenar Abby Abadi. Kalau selama ini kita dikejutkan dengan kelantangan suara Abby Abadi selepas memasuki politik, namun bagi Zul, Abby yang dikenalinya memang sebegitu.

Kata Zul kepada portal Murai:-
Selama mengenali Abby, saya tahu dia memang seorang yang sangat berani menyuarakan pendapat mengenai apa yang jua perkara yang diperbincangkan, malah saya tahu dia juga seorang yang lantang apabila memberikan pandangan. Namun, jika dia rasa betul dengan apa yang dilakukan itu, baguslah. Pada pendapat saya, seseorang itu boleh lantang menyuarakan pendapatnya tetapi mereka juga perlulah bijak dan berpengetahuan sebelum meluahkan kata-kata.

zul abby

Walaupun begitu, Zul Ariffin nyata kurang bersetuju dengan pendapat Abby tentang selebriti bertudung yang sukar mendapat kerja di dalam industri hiburan:-
Saya kurang bersetuju dengan pandangan Abby itu, Pada pandangan saya, showbiz dengan politik adalah bidang yang berbeza dan dia tidak boleh campuradukkan kedua-duanya. Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Malah, mereka turut ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung. Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain.
Rasanya selepas ini pastinya kita akan lebih banyak mendengar suara Abby lantang menyatakan pendapatnya. Jadi tak perlulah buat-buat terkejut. Mana yang rasa betul, kita terima. Mana yang rasa tak betul, kita rujuk dengan yang lebih pakar. Tak ke gitu?

Isnin, 30 Julai 2012

Khutabah Rasulullah Tentang Ramadhan

Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin.
 

Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
 

Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu.
 

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin. Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khutbahnya, Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.)
 

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melepasi Siratal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kehodohannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahm) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. 

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain. Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.” (Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)
 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Fitraz SDN. BHD. | Bloggerized by Azriel - Facebook | Blog Amir